Archive

Archive for July, 2010

Apa Yang Aku Busykan?

31/07/2010 9 comments
Salam geng2!!! Selamat hari sabtu!! Yeahh hari ini hari ketiga aku rest di bilik ahaks. Memandangkan kelas aku hanya setakat hari Rabu je kan. So Sabtu hari ketiga aku lepaking! Ahak. Rilex doL sem nih.
TETAPI!!!
Rilex-rilex jugak. Keje menimbun weyy!! Maklum la dah final year kan. Kalau kawan-kawan nak tahu, untuk final projek aku nih, peringkat permulaan nih, my penyelia suruh settelekan keseluruhan hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan Adab Kepad Allah.
Penyelia ada bagi kitab yang berkaitan iaitu Kitab Riyad al-Salihin. Hasil penulisan Imam Nawawi. Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Gambar yang aku ambil. Maaf gambar tak cantik.

Muka depan

Tugas aku senang je, iaitu menulis semula apa yang ada dalam buku ke dalam word!! Hahah macam nak gila aku wey. Ye lah bukan sikit, tapi hadis yang ada semua nye 170 hadis, 17 Bab!!. Setakat nih aku baru siap 43 hadis 3 Bab. -_-“
Doakan aku siap paling lambat minggu nih ye. Sebab tu aku busy skit sekarang. Sekejap2 je aku on9 sekadar tuk hilangkan penat. Ni pun dah pening ngadap lappy.
Ok guys… Sudi-sudilah datang sini dan bagi support ye. Aku nak pi main baling selipor ngan classmate haha. Sekadar nak release tension!! Haa
See ya!
Categories: Uncategorized

Sabar: Kisah dan Tauladan

30/07/2010 1 comment
Salam kawan-kawan. Hemm tatkala aku menulis entry ini, aku sekadar mencelah masa sementara menunggu waktu Asar, menghilangkan penat menaip hadis-hadis dari Kitab Riyad al-Salihin hasil tulisan Imam Nawawi.
Tak perlu aku berpanjang-panjangan, apa yang aku nak kongsikan di sini, dalam aku menaip hadis-hadis ini, terdapat satu kisah yang bagus untuk perkongsian semua. Mungkin setengah dari kalian sudah pernah membacanya dan mungkin juga tidak.
Kisah ini diambil dari petikan hadis yang terdapat di dalam Kitab Riyad al-Salihin Jilid satu Imam Nawawi. Bab Sabar.
Daripada Suhain r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Di zaman dahulu terdapat seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Tatkala tukang sihir itu telah uzur (tua) ia berkata kepada raja: “Aku telah tua dan memerlukan seorang pengganti (supaya dapat memperlajari ilmu sihir, dan ia dapat memenuhi keperluan raja apabila tukang sihir telah mati). Raja menghantar seorang pemuda untuk tujuan tersebut. Secara kebetulan di dalam perjalanan (untuk belajar ilmu tersebut) ia bertemu dengan seorang pendita lalu duduk dan mendengar ajaran pendita itu. Kemudian pemuda itu tertarik dengan ajaran pendita itu sehingga ia terlambat sampai ke tempat tukang sihir yang mengajarnya. Ia dipukul oleh tukang sihir, kemudian mengadu kepada pendita yang ditemuinya tadi. Pendita berkata: “Jika kamu dipukul oleh tukang sihir itu, berilah alasan dengan berkata aku terlambat kerana disuruh oleh ibuku, jika kamu terlambat balik ke rumah ibumu, maka jawab olehmum kepada ibumu, aku terlambat pula oleh kerana di tahan oleh tukang sihir itu.” 
Pada suatu hari ketika ia berulang alik (dari rumah tukang sihir dan rumahnya). Ia terserempak dengan seekor binatang yang besar (singa) yang menghalang orang ramai berjalan. Pemuda itu berkata di dalam hatinya ‘Hari ini aku ingin tahu siapa yang lebih baik ajarannya sama ada tukang sihir ataupun pendita? Ya Allah sekiranya ajaran pendita itu lebih baik daripada sihir maka matikanlah binatang buas itu supaya orang ramai dapat meneruskan perjalanan mereka. Ia melontarkan batu ke binatang buas itu lalu mati ketika itu juga. Orang-orang yang terhalang tadi dapatlah meneruskan perjalanan mereka dengan aman. 
Pemuda tersebut telah memberitahu pendita mengenaiperistiwa itu. Pendita itu pun berkata kepadanya: “Wahai anakku, engkau kini lebih utama daripada ku dan pada ramalanku engkau akan menerima dugaan. Ketika itu jangan engkau beritahu orang mengenai aku.” Kemudian pemuda itu telah mendapat rahmat atau kurniaan sehingga disanjung orang kerana dapat mengubati bermacam-macam penyakit seperti penyakit buta, sopak dan lain-lain. Seorang sahabat raja yang buta telah mendengar berita itu lalu datang menemui pemuda tersebut dengan membawa berbagai-bagai hadiah untuk mengubati matanya yang buta itu. Sahabat itu berkata: “Jika engkau dapat menyembuhkan penyakitku ini maka akan ku beri apa sahaja hadiah yang engkau kehendaki.” Jawab pemuda itu: “Saya tidak dapat menyembuhkannya. Jika kamu percaya kepada Allah, maka saya akan berdoa kepadanya supaya Ia menyembuhkan penyakitmu itu.” Ketika itu juga ia beriman kepada Allah. Pemuda itu pun berdoa semoga sahabat Raja itu diberi penglihatan semula dan selepas itu matanya pun disembuhkan oleh Allah. 
Kemudian sahabat tersebut menghadiri satu majlis yang diadakan oleh raja. Raja pun bertanyakan kepadanya: “Siapakah yang mengembalikan penglihatan kamu?” Jawab sahabat itu: “Tuhanku.” Raja bertanya: “Apakah kamu percaya kepada tuhan selain daripada aku?” Jawab sahabat itu: “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Lalu ia disiksa oleh raja berkali (sehingga sahabat itu membuka rahsia mengenai pemuda tersebut.) kemudia pemuda itu di bawa untuk mengadap raja. Raja bertanya: “Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah melampaui batas kerana dapat mengubati penyakit buta dan sopak.” Dijawab oleh pemuda: “Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan sebarang penyakit walau seorang pun, hanya Allah yang menyembuhkannya.” Raja itu pun menyiksa pemuda itu berkali-kali sehingga ia membuka rahsia mengenai seorang pendita. Pendita itu pun telah dibawa kepada raja untuk mengadap lalu berkata kepadanya: “Kembalilah kamu kepada agama asalmu.” Tetapi pendita itu enggan. Lalu raja menyuruh supaya digergaji pendita itu dari kepala hingga hinggalah ke badan. Pendita itu pun mati.” 
Maka tibalah giliran sahabat raja dan raja berkata kepadanya: “Kembalilah kepada agama asalmu.” Tetapi ia enggan. Raja menolak pemuda itu kepada beberapa orang sahabat-sahabat raja. Kemudian raja berkata kepada mereka: “Bawalah pemuda itu ke atas bukit dan di sana arahkan sekali lagi supaya ia kembali kepda agama asalnya, jika dia enggan limparkan dari atas bukit itu.” Mereka pun membawa pemuda itu naik bukit. Kemudia pemuda itu berdoa kepada Allah A’zza wa Jalla: “Ya Allah hindarkanlah aku dari bahaya mereka itu dengan kehendakmu.” Tiba-tiba bergegarlah bukit itu sehingga orang-orang yang membawanya terjatuh semuanya. 
Kemudian pemuda itu menemui raja, dan raja pun bertanya: “Apa yang telah dilakukan oleh orang yang membawa engkau tadi?” Pemuda itu menjawab: “Allah telah menghindarkan diriku daripada mereka.” Raja menolak pemuda itu kepada beberapa orang sahabatnya. 
Kemudian raja mengarahkan sahabat-sahabatnya supaya membawa pemuda itu ke tengah lautan menaiki kapal. Dan di sana diarah sekali lagi supaya kembali kepada agama asalnya. Jika dia ingkar limparkan ke dalam lautan. Mereka pun membawa pemuda itu ke tengah lautan. Kemudian pemuda itu berdoa kepada Allah: “Ya Allah hindarkan aku dari bahaya mereka dengan kehendakMu.” Maka pecahlah kapal itu dan mereka pun karam kesemuanya. 
Pemuda menemui raja bagi kali kedua dan raja pun bertanya kepadanya: “Apakah yang telah dilakukan oleh orang yang membawa engkau?” Jawab pemuda itu: “Allah telah menghindarkan diriku daripada mereka.” Pemuda itu berkata: “Wahai Raja, engkau tidak akan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut arahanku.” Raja menjawab: “Apa dia.” Jawab pemuda itu: “Kumpulkan orang-orang di satu kawasan lapang kemudian palangkan aku dan gantung di atas tiang. Ambil anak panahku dari sarungnya kemudian letakkan anak panah itu di busur panah dengan membaca “بسْم الله ربِّ الغُلاَمِ” yang bermakna  dengan nama Allah tuhan pemuda ini. Kemudian panahkanlah dirinku. Jika sekirany engkau lakukan demikian aku akan terbunuh.” 
Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu padang yang dikhaskan, kemudian pemuda itu di palang dan digantung di atas tiang. Diambil anak panah (milik pemuda itu) daripada sarungnya kemudian diletakkan anak panah di busur panah kemudia raja membaca “بسْم الله ربِّ الغُلاَمِ” bermakna dengan nama Allah tuhan pemuda itu, lalu dilepaskan panah itu kepada pemuda tersebut dan tepat mengenai pelipisnya. Kemudian pemuda itu meletakkan tangannya di atas pelipisnya lalu mati. Orang ramai berkata: “آمَنَّا بِرَبِّ الغُلامِ” yang bermakna kami beriman dengan tuhan pemuda ini (sehingga kepercayaan kepada Allah merata pada semua lapisan rakyat keseluruhannya). Maka hal itu disampaikan kepada raja. Adakah tuan mengetahu apakah yang selama ini tuan ketakutan, benar-benar telah berlaku tentang keimanan seluruh rakyat. Sesungguhnya rakyatmu telah beriman dengan tuhan pemuda itu. 
Raja telah mengarahkan rakyatnya supaya menggali parit yang besar dipersimpangan jalan. Kemudian disediakan api yag membara. Kemudian raja berkata: “Sesiapa yang enggan kembali kepada agama asalnya akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.” Mereka melaksanakan arahan itu. Setelah perkara itu dilaksanakan ramai rakyat yang telah disiksa dengan cara yang ngeri. Apabila telah sampai kepada giliran seorang ibu yang mendukung anak kecil (bayi) maka ia enggan menukar agama dan tetap dengan pendiriannya dengan percaya kepada Allah A’zza wa Jalla. Tatkala anaknya dipisahkan untuk dilimparkan ke dalam api (bara). Anaknya berkata: “Wahai ibu bersabarlah sesungguhnya ibu di dalam keadaan hak (benar).”” 
(Muslim)
Pengajaran Hadis:
  • Sifat sabar dan tabah hati di dalam mempertahankan iman dan kebenaran adalah wajib walaupun dugaannya begitu besar sehingga menggadai nyawa.
  • Sesungguhnya tiap-tiap orang mukmin yang beriman kepada Allah. imannya belum dapat diperakui oleh Allah sebelum dicuba dan diduga keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan itu.
Kata-kata penulis: Ingatlah sahabat, dugaan yang kita hadapi ini menunjukkan Allah sayang pada kita. Hadapi dengan hati yang tabah dan redha dengan setiap apa berlaku dihadapan. Setiap musibah itu pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu. Yakinlah pada Allah. =)
Categories: Uncategorized

Kempen Menutup Aurat Akhlak Dijaga

29/07/2010 24 comments
Assalamualaikum. Entri kedua untuk hari ini. Bukan niat nak glemer tapi entry kali ini biarlah gambar yang bercerita.
Dengan penuh rasa seorang tanggungjawab, aku menyeru kepada sekalian pembaca di sini, marilah sama-sama kita berkempen dan membanteras segala maksiat yang memang terang-terangan berlaku di sini dan di mana-mana muka bumi ini.
Jom lihat banner yang telah diedit oleh seorang sahabat saya di FB dan rakan UTM.

p/s: Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah!!
Categories: Uncategorized

Nuffnang: Pendapatan Meter?? Tak Faham Huhu

29/07/2010 19 comments
Salamm kawan-kawan. Semoga sihat hendaknya.
Sekali lagi aku ingin berbicara mengenai Nuffnang. Pagi tadi aku bangun saja la nak tengok hal Nuffnang, mana lah tahu dapat buff lagi.
Tapi bukan buff yang aku dapat, eh ayat senang, bukan Pendapatan Terumpuk yang aku dapat tapi Pendapatan Meter. Hemm aku tertanya-tanya juga apakah itu pendapatan meter?? Maklumlah masih jahil dalam bab nih hehe.

Sila klik gambar ini untuk pembesaran

Boleh kawan-kawan tolong explain? Serius aku tak faham ahaks. Tapi yang peliknya Pendapatan Semasa aku naik. Suka juga tengok kan.
Tapi tak de banyak sangat. Nak tunggu cukup RM50 pun berzaman. Hehe tak kisah la hal kenaikan tu, cuma aku nak tahu apa itu Pendapatan Meter. Tolong ye explain kat aku ^__^
Categories: Uncategorized

Kalaulah Stremyx Boleh Digunakan as a Broadband +__+

28/07/2010 30 comments
Salam Geng!! Aku duk tension cari template for my project web now. So memerlukan kelajuan kpbs yang tahap maksima untuk memudahkan segala kerja-kerja yang ada.
Saat ini aku terfikir ‘Alangkah bestnye pihak TM dapat mencipta Broadband Stremyx! Aku lah pelanggan pertama yang mendaftar. Tahu kenapa aku fikir begini??
Thanks to Mr. Google
Sebab utama line stremyx is the best yang pernah aku guna. Seriously, tapi tak tahu la andai ada yang lagi ok. Sebab di rumah so far setakat aku gune memang tiada masalah kecuali masa modem aku kena panah petir. Time tu memang jem terus line. But after dah panggil pekerja TM, semuanya kembali ok dan very superb!
Sekarang di UTM aku pengguna WifiUTM dan pengguna tetap Celcom Broadban. Walaupun dalam hal ini aku memang tiada masalah, namun hati aku tetap fall in love dengan khidmat stremyx. Hemm aku tak kisah apa pendapat atau kata-kata di luar sana. Tapi aku tetap suka Stremyx! Owhh..
Sebab itu dalam otak aku sekarang, kan best adai pihak TM mencipta stick like broadband sekarang tapi line Stremyx! Mesti laju kan? Hehe tapi tak sure la line tu berfungsi macam mana. Tapi aku pasti sebab line Stremyx. Hemm nak cakap lebeih-lebih pun aku tak mahir sangat dlaam hal ini.
Ok lah nak sambung buat kerja. Saja celah masa sekadar untuk meluahkan perasaan ahak. Ok daa..

Oka kawan-kawan, suka aku nak kongsikan pendapat dari rakan blogger aku iaitu MrKay. Raanya ramai yang mengenai beliau, aku pun selalu chat ngan dia at twitter. Jom kita tengok komen beliau. Thanks for sharing =)

“Orang malaysia punya minded dah kena salah tuned atau orang malaysia tak amik tau betul2.

Broadband tu bermaksud jalur lebar, satu teknologi. Dan streamyx tu sendiri adalah jalur lebar (broadband). Celcom broadband, digi broadband dan maxis broadband tu adalah WIRELESS BROADBAND. so streamyx broadband mmg dah lama wujud dari dulu. cuma streamyx wireless broadband cuma ada di kawasan2 tertentu.

saya faham semua sebenarnya nak maksudkan mahu perkhidmatan streamyx wireless broadband.

Kenapa streamyx lebih laju dari wireless broadband? sebab streamyx gunakan kabel (sebenarnya streamyx jauh lebih lembab dari mana2 wired broadband di dunia ni). Dan wireless broadband of koz guna teknologi wireless. Bila takde wire, dia mengharapkan signal dan wave. Wave ni boleh terganggu oleh dinding, cuaca dan macam2 lagi. so signal dia akan teruk. Tambahan pulak, wireless broadband di bekalkan oleh pihak telco telefon bimbit. so signal tu share dgn signal telefon bimbit. telco akan pastikan yg telefon bimbit di beri keutamaan. Kalau streamyx buat wireless broadband sekali pun, signal dia akan jadi macam wireless broadband yg lain. Setakat ni, Jaring Wired lebih laju dari Streamyx, tapi Jaring Wireless tetap paling teruk signal dia. Nak kuatkan signal? makin ramai orang malaysia kena barah otak nnt. sekarang ni pun wave dah merata2. =)

Peace, no war.”

Sudah baca?? Hehe aku kagum. Terima kasih sekali lagi. kesimpulan yang aku boleh buat setiap teknologi yang dibuat itu ada kelebihan dan kekurangan. Terimalah seadanya =) 

Categories: Uncategorized