Archive

Archive for May, 2010

publish newpost guna Microsoft word 2007

27/05/2010 11 comments

Salam kawan2 sume!! Baru2 nih aku baru je belajor nak publish newpost gune Microsoft word 2007..thanks kepada cik kemar yee…so kali ni akun ak berkongsi laa sedikit ilmu yg ada..sharing is caring rite =)

Mungkin dah ade sesetgh bloggerzz dah tahu…n maybe yg tak pernah tahu…so tak kira laa nak kongsi gak hehe…

Apa yg lebihnye gune m.Word ’07 nih?? Aku rase nyk sgt kelebihan..terutamanya dlm nak tukor2 tulisan..mcm tulisan yg aku gune nih hehe kalo gune ruangan yg da ade kat blogger kite tu..nak tukor rulisan pon tak byk jenis kan?? Kalo kat sini mcm2 leh wat…mcm entry g saya seblm nih hehe…

ok jom kite tgk step2 yg ada..

Pertamanya korg bukak kat start..then amik m.Word ’07..kalo ’03 tak leh wat..maybe r sbb aku tahu yg nih ahaks

Bila dah bukak..korg terus je g kat file yg logo Microsoft tu (tgk gambar)…amik NEW then klik je…

Box baru akan kuor after korg klik new..akan ada dua icon…korg amik yg name NEW BLOG POST..then klik button CREATE kat bwh sebelh kanan sekali…(sory lupe nak bulatkan wane merah ahaks)

Maka keluarlah satu ruangan baru..kat sini sperti yg dlm pic tu…korg leh tulis tajuk n segala coretan…nak edit2 tulisan kat sini la…after dah siap sume maka boleh laahh publish..sila lihat pic yg seterusnye..

Mcm aku ckp td..dah siap sume..tekan button publish sebelah kiri atas sekali…secara otomatik akan publish ke blog anda…kalo korg nak edit2 kat post biasa boleh jugak…

Ok selamat mencuba!! =)

Advertisements
Categories: Uncategorized

23 perkara yang di larang~~

27/05/2010 8 comments

Salam kwn2…hehe selamat tgh hari ye…dah lunch ke?? Aku lom aku ahaks…dlm duk aku jalan2 aku bukak blog Ustaz Amin…best gak..n aku tertarik dgn satu artikal yg bertajuk 23 perkara yang di larang…oh ya b4 aku senaraikan 24 perkara ni…aku nak bgtahu yg aku publish entry kali nih gune mocrosoft word 2007..hehe so aku leh laa edit2 gune tulisan yg comel2 ahaks…

Ok jom kite tgk apakah 23 perkara tersebut…

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca Bismillahhirrahmannirahim dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  8. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  9. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  10. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  11. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
  13. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.
  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  20. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  21. Jangan lupa membaca Bismillahirrahmannirahaim dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  22. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.
  23. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui.

Aku paling berminat dgn point yg no20…hehe so kwn2 yg diluar sana…jgn lah merokok yee….hehe

Categories: Uncategorized

++ Beautiful Award ++

27/05/2010 6 comments


assalamualaikumm sumee!! waahhh pg2 aku bukak blog..tibe2 mate terpandang kat chatbox..aku dpt award!! waaa happy gilosss hehe thx a lot kepada pemberi yg bernama EKYN !!!! tp de syarat2 kena ikut..so aku polow je lah.. jom layannzz:-

1)Berterima kasih dan link kan orang yang sudi memberi anda award nie..

aikk aku baru je ucap td hehe tak pelah..once again a brillioan thank you..keraa sudi bg award nih…hehe tak sangke lak sy diingit di sini..thanks ye kepada miss EKYN ~~~

2) Bagi award ini kepada 5 orang yang anda rase blog dia hebat dan fantastik! bukan plastik tau!!

blog2 yang bertuah itu adalahh:-

http://dedebukasih.blogspot.com/
http://zulkbo.blogspot.com/
http://sitinorkhaironisha.blogspot.com/
http://mia-ina.blogspot.com/
http://lazyrde.blogspot.com/

3) sila bgtahu mereka yang bertuah ini

ok dah bgtahu hehe

4) sila nyatakan 7 fakta tentang diri anda secara ringkas

1- bakal menjadi ustazah lebih kurag sethn dr sekrg insya-allah
2- belum berkahwin ahaks
3- suka lagu2 lama mcm 60-an, lagu2 rock dulu2 n irama malaysia
4- suka wat lawak bodoh
5- seorang yg suka marah2 tp cepat je sejuk hati hehe
6- gile stereng..setiap kalo balik umah memang jadi driver kepda ummi
7- seorang yg terlalu sukakan baby n kanak2 hehe

ok DONE!!! hehe

Categories: award, tag

iktibar wat yang bakal2 jenazah

26/05/2010 17 comments

salam kawan..jom bace kisah ini…semoga sama2 amik iktibar dr kejadian…aku copy dr rakan aky ka fb…dah mintak izin dah…ni blog dia….

++++++++++++++++++

KISAH BENAR (GAMBAR DISERTAKAN)

Assalamualaikum,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu
panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal
kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut
Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah
Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia
Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di
bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja
solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang
tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.
Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang
mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang
terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah
masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah
mati kerana nampak seperti sedang tidur.

Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan
dadanya.

Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,
selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika
menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan
pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia
berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia
yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan
sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita
mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan
orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini
seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja
agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah
tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan
Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas
ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya
supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh
daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya
terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.

wassalam

Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.
Gambar arwah Huzaifah tika hidupnya.

Categories: kebajikan, random onlyy

sebulan selepas itu – trimas2!! =)

26/05/2010 6 comments

salam kwn2…aku nak kongsi kegembiraan yg aku rase sekrg hehe…b4 this aku ada tulis mengenai entry yg berkaitan…entry produk n entry after 1 week

ok sekrg..sudah hampir sebulan aku menggunakan produk ELvina Secret Beauty nih..alhamdulillahh perubahan yg memberangsangkan…mungkin sbb muka aku bukan jenis yg nerjerawat teruk..so dlm sebulan dah nampak kesan…aku happy sgt *wink2*

ni kotak produk yg aku gune…hehe

so kat sini aku letak pic2 yg aku snap td (sementara tunggu ummi kau bersiap) hehe…


see?? hehe akutak edit langsung ok..jgn aku edit gune potosop plak..huhu…alhadulillah…suka sgt2…

so sapa2 yg berminat…boleh laa kontek aku ye…hehe…nanti leh dpt diskaun insya-allahh~~

Categories: Uncategorized

malu lah sikit dgn ayah~~

26/05/2010 6 comments

salam kwn2..n selamat tgh hari…n b4 tu sory sgt aku agak kemlsn nak blogwalking…tp jgn isau…aku syg kamoo semua…nanti aku betul2 free aku jalan2 jenguk kwn2 yee….bz jadi drive n menanti arahan..haha biasalahh duk umah nih,…keje tak pernah hbs..hehe

ok ok…memandangkan aku sekrg duk umah…org kaye bahagia kan?? ye lahh nak pakai mcm mane pon mcm agak tak kesah…ehhh boleh ke g2?? jgn….ok gini..memandangkan aku rase aku patut berkongsi n aku patut bgtahu…aku nak nyatakan beberapa pendapat…

bile kita berada di rumah..dah sah2 kite bersama family…ada ayah, ada ibu, adik beradik laki2 n pompuan…sedara mara….hemm mcm aku…umah aku nih selalu lahh di kunjungi sedara mara…

so aku rase…walaupon aku berada di rumah..tak semestinye aku boleh pakai ikut suke hati….pakai short…dah laa short fit lak tuh…baju ketat2…aduii….secara jujurnye aku tak pernah pakai g2…pakai bju tshirt n suor trak panjng…sbb aku rase malu bile ada ayah…walaupon die darah daging kite…aku tetap rase malu…

sbb tu aku pesan kepada kaun hawa diluar sana..if korg bc entry ini..korg fikirlah…kite sbg kaum hawa jaga lah adat berpakaian…hatta dengan family sekali pon…duk umah pakai laa sopan2…jgn pakai baju yg sendat2…suor fix..suor pendek kat peha…tak elok…kalo tak terima aku mintak maaf…tp fikirkan lah…

byk lagi etika2 yg perlu dijaga walaupon berada di rumah…sama2 lah kite menjaga peribadi diri…elok perilaku di rumah..insya-allah lagi elok perilaku kite di luar….

sekian bebelan n nasihat pantas dr cikgufarha…. =)

Categories: kebajikan

kad itu aku tak perlukannya => PERGI!!

25/05/2010 11 comments
(luahan ini ditujukan kepada bekas tunang aku yang akan menjadi pengantin baru mengikut pilihan hatinya..semoga dikau berbahagia…untuk pengetahuan kwn2…aku pernah menulis entry bertajuk warkah untuk bekas tunang…dan puisi ini kesinambungannya…)

ya..aku nekad..
bila hati ini mengatakan ya..
maka jgn kau ingkar..

kad itu…
aku tak perlukannya..
berpuluh kali kau rayu..
sekali aku takkan berpaling..
maaf di pinta..

bukan aku tak sudi..
tp memang aku tak sanggup menatap kad itu…
ku pinta..
moga kau berbahagia..

aku..
di sini…
terus berdiri dengan mengatur langkah hidup yang mendatang..
berharap agar cahaya itu milik aku sekali lagi…

ku menadah tangan..
mohon kekuatan dari NYA…
hanya pada Mu Ya Allah..

dan kad itu..
ku takkan sesekali meminta..
ku takkan sesekali menjeling…
biakan ia…
orang lain yg tidak mengetahui kisah ini..
hanya dia yang mampu lihat…

sekali lagi…
ku doa agar kau berbahagia…

nukilan: cikgufarha

Categories: sajak dan luahan hati