Archive

Archive for November, 2009

kaSuT LemBu & roJok kaTeh

29/11/2009 11 comments

salmm aku kembali hehe…waaa raye haji beru je berlalu…ummi n aboh aku korban thn nih..so ada laa bhgian2 yg ummi n aboh aku amik..korg tahu apa?? haha meh aku nak bg tahu…ummi aku amik KAKI LEMBU!!!!

hahah gelak gile…sbb wane itam hakhak…so mlm tu aku tgk ummi aku wat something…jom2 kite tgk gambo2 yg aku amik..n aku nak berkongsi tentang mknan tradisional yg ada di terengganu..heheh

tu diaa kaki lembu di bakar untuk memudahkan proses pembuangan kasut lembu hakhak…


aboh n ummi duk gogah2 buang kasut lembu yg dah agak lembut tuuu hehe

rojok kateh nih aku rase hanya di terengganu je kot..n kelantan..aku nak stiry panjng2 pon aku tak tak tahu sgt sbb aku tak suke hakahk…so korg leh tgk gambo je lahh…waaa kalo nak kat batu 6 bykkkk giloss jual haha..


ni laa rupe rojok katehhh hahah…korg penah mkn…pendas skit..tp aku tak suke pon hakhak

rojok kateh nih dibuat dr kaki lembu tu lah..kateh means yg bhgian2 kaki haha aku nak explain pon dok reti aduhaii…

Categories: Uncategorized

Aidil Adha 2009

27/11/2009 6 comments

Salam Aidiladha dr aku di sini…

thn nih biasa2 jek…tak de per2 yg menarik..emm rasenye tiap2 th aku rase gini kot…semenjak ketiadaan arwah n masing2 dah duk jauh2…tak lagi berjumpul mcm dulu…tiap2 thn raye haji memang gini..

terkadang hati nih mcm sedih..enth bile laa suasan nak berkumpul tanpa ada rase terkilan..enth laa…sejak hari itu berlaku…setiap kali raye..tak kira raye aidilfitri atau raya haji…semua nye disambut sederhana…enth la…

huhu tetibe raye2 gini sedih plak….hope satu hari nanti aku dpt merasa suasana raye yg begitu meriah SEBELUM AKU MENUTUP MATA…aku rindukan suasana ketika aku kecik2 dulu…

=(

Categories: Uncategorized

kembalikan tangan Ita!!!

25/11/2009 2 comments

salam kepada rakan blog…kisah ini aku copy dr miss plan jane..sama2 lah kita jadikan pengajaran dr cerita ini…

————————————————

Semasa kisah ini berlaku, budak perempuan ini berusia 3 setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.

Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni??!!!”

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu…???!!!”

“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?!!!” herdik si isteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya balik, tiba-tiba dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecilitu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!”, balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu.

Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… “ jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

p/s : Bayangkan???? Adakah ibu bapa yang bodoh macam mereka ini????? Kereta tu boleh bawak mati kah???? Mungkin kenangan ini akan menjadi titik yang paling berdarah dalam kehidupan seorang gadis bernama “Ita”. Mungkin dia sudah besar sekarang, tapi mampukah dia melupakan kekejaman ini???

Categories: Uncategorized

Kerabu Pucuk Paku

18/11/2009 6 comments

Penyanyi: Mat Over
Loghat Terengganu Weiii

Kerabu pucuk sayur kacang
Panggang ikang puyu tumbuk sambal belacang
Celor pucuk labu buat ulang
Tanok nasik berah kusang ohoooo
Ikang kering anok ramba

Nok makang sedak kite pitih tak dok
Bini beranok rapak anok rama telajok
Kadang pisang sikak kite dok dang koyok
Ada lagi hok dok teriok ohooo Hok ni kecing hok ni berok

Tamboh pulok khirje buleh sikik-sikik
Banyok hok sajjer perabih duit
Lepah lepah ise dok dang makang nasik
Bosang anok dok jerikk ohooo Pagi-pagi mitok duit

Kadang-kadang maghii pikir dalang hati
Macam mane caghe nok tamboh rezeki
Mujurlah pagi ni ade saing maghii
Ajok niage kecik2 ohooo Rase senang dalang hati

Ambe niaga buak kusi rotang
Ada waner cokelak wane itang
Nok ato dekak jabak kerah tangang
Jalang kole bukik bintang ohooo Buleh tamboh pendapatang

Begitulah care kalou mahu idup
Buat apa saje yg kite sanggup
Jangang duduk saje buak bucik perut
Lame2 buleh meletuk ohoooo Anok bini buleh cabuk

Orang tua dulu ada besa pesang
Kalu2 kite nok wie anok jarang
Rebuh akor kayu wie bini makang
10 tahung buleh sorang ohoooo baru ceroh maser depang…

best dop??? haha layan weii jgn dok layang haha

Categories: happy owezz

boSan gaK La~~~

18/11/2009 5 comments

salam di pagi hari yg sejukkkk!! ahaks..sekrg nih dah sebulan aku kat umah…best kan?? ramai yg jeles kat aku sbb lepak gilerr siot…kwn2 aku yg kat mana2 U kat mesia nih baru jek start bercuti..n masing bersorak2 happy..hehe tahniah…

aku?? huwaaa dah boring gilerr nih..tak tahu dah nak wat pe..balik2 wat benda yg sama…lagik2 plakk tenet bengong tahap *&$##%^ kat umah…memang skait jiwa r…

aku g gak jejalan ngan sepupu aku…tuk hari tu aku happy laa..tp esoknyeee duk umah perghhhh boring gileeerrr…lagik2 laaa mcm aku ckp tenet bengong huhu

n satu ag aku nak ckp..kalo duk mah lama2 sgt bosan gak laaa…ye lahh mcm aku kan..nak kuar ngan kwn2 mlm2 pon tak leh..mcm tak bebas skit la…kalo aku duk kat hostel..mlm2 memang berjalan r hehe..best tau…seronok gak..

lagipon balik kg nih kwn2 ramai yg dah keje n dah kawen…huwaaa aku??? adoii..keje lom, kawen lagi r…enth bile aku sendiri tak tahu…adoii laaa tension maaaa!!!!

k lahh t u je luahan aku setkat nih..len kali kalo aku free aku taip lagi deh…(aku hari2 free hahha)

nota kaki: 18hb mlm kau bertolak g kedah, amik kakak aku nak balik sini, doakan aku ummi n aboh selamat sampai ke kedah ye….salmmmZZZ

Categories: Uncategorized