Kenapa Dengan Tajuk Blog Aku Nih??

11/08/2010 4 comments
Salam kawan-kawan. Salam Ramadhan yang kali ke berapa hehe. Sekarang aku berada di rumah!! Oyee~~ Sangat seronok. Ok lah aku tak nak mukaddimah panjang-panjang. Kita pergi kepada topik utama ya.
Aku duk godeh-godeh blog aku nih. Tiba-tobi baru aku perasan, tajuk kata atas blog aku tu jadi url je. Tak silap aku tajuk kat situ Kisah Cikgu Farha. Tup2 aku tengok lain la pulak. Kenapa ek?? Ada sapa-sapa leh tolong?? Huhu tension aku bila jadi gini uwaa…

Nampak tak yang dalam kotak hitam tu?? Aku sendiri tak faham macam mana ia leg bertukar. Huhu ada siapa-siapa yang terror?? Please tolong aku ye…. Jasa  mu dikenang heh…
Ok nak sambung siapkan kerja yang tertangguh…
Categories: Uncategorized

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa

10/08/2010 4 comments

Salam sohabiah sekalian… Salam Ramadhan diucapkan. Entri kali ini sekadar untuk perkongsian perihal niat dan doa berbuka puasa.

Lafaz niat berpuasa:

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Doa berbuka puasa:

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Maksudnya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah sama-sama kita menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa kesyukuran dan ketakwaan. Insya-Allah.
Categories: Uncategorized

Nuff Naik Lagi Weee~~

10/08/2010 6 comments
Salam kawan2!! Salam di pagi Selasa iaitu sehari sebelum bermulanya Ramadhan al-Mubarak~~
Pagi ini aku sangat gembira!! Memandangkan malam tadi aku umpama meng’qada’ tidurku yang berminggu-minggu tidur lewat. So bangun pagi aku terasa sangat segar!! Hehe Alhamdulillah…
Bersemangat membuka internet di pagi hari. Check la apa-apa yang patut. Bila tiba aku buka Nuffnang, mata aku hampir terbeliak. Mahu nye tidak, ye lah, sudah sekian lama aku tidak blogwalking dek kerana kebizian melanda.
Alhamdulillah…duit aku terkumpul terus meningkat. Walaupun sudah lama aku tidak mendapat buffering tapi sekurangnya duit aku terus bertambah hehe. Sangat gembira. Rezeki di ambang Ramadhan kot. Syukur.
Tapi tak lah banyak sampai beriban-riban. Aku nak kumpul lagi hehe. Setakat nih aku rasa sangat berbaloi dengan peningkatan yang ada. Yeay!

Sila klik untuk tumbesaran

Gambar ni aku print screen. Asalnya aku dapat 5 buff, tapi 3 sudah menjadi metered earning. Bila Taylor sudah bertukar menjadi Metered Earning, duit aku sudah melebihi RM50. Fuhh.. Agak lama juga nak lepas RM50 nih. Maklumla blog tak glemor kan. Lagi laa sekarang nih dah jarang BW. 

Sila klik untuk tumbesaran

Haaa tengok. Hehe tak de laa banyak sangat. Tapi sebagai pelanggan Nuff yang masih baru, terasa amat teruja. Hakhak. Bila tengok duit semakin meningkat, aku semakin semangat, tapi sekarang nih kekangan masa. Tak pe lah, bersabar je lah kan. Ada rezeki nak naik, Alhamdulillah.
Apa-apa pun aku sangat gembira!!!
p/s: Nak tunggu sampai boleh pergi honeymoon!! Weeeee~~
Categories: Uncategorized

2 Berita Serentak!!

09/08/2010 3 comments
Ukhuwah kami sampai bila-bila. Amin~~

Salam kawan-kawan…semoga semuanya sihat sedia kala~~Sebelum tu Salam Ramadhan diucapkan hehe…
Hari ini aku terima dua berita secara serentak. 1 gembira dan 1 sedih. Semuanya berkaitan dengan rakan-rakan baik aku.
Berita gembira yang aku terima, rakan-rakan seperjuangan aku sejak dari KUSZA (time diploma), hari ini mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat degree, sedang meraikan kejayaan massing-masing. Tahniah kepada mereka. Tahniah juga kerana mendapat tempat kelas pertama.
Echah, Syadah, Wan dan yang lain-lain!! TANHNIAH!!
Dan berita sedih yang aku baru sahaja ketahui pagi tadi. Salah seorang rakan aku (sekelas semasa diploma; juga merupakan rakan kepada nama yang disebutkan tadi kerana kami sekelas) sedang berhadapan dengan sakit Leukimia.

Sungguh aku tekejut. KakPah  yang aku kenali seorang yang amat ceria orangnya. Selepas tamat pengajian diploma, beliaulah orang pertama yangg berkahwin. Juga memiliki seorang anak. Hemm dugaan untuk beliau. Semoga beliau tabah.

Aku difahamkan, sudah dua minggu beliau di Hospital Kuala Terengganu. Kebetulan esok malam aku akan pulang ke kampung. Insya-Allah aku akan perli menziarahi beliau.
Bila berita begini, aku jadi seorang pemikir untuk seketika. Dalam kita bergembira, masih ada yang berduka. Aku menjadi insaf. Syukur aku masih diberi peluang kesihatan.
Doa sahabat sekali semoga Kak Pah terus tabah mengharungi ujian dari Nya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Categories: Uncategorized

Allah Tidurkan Aku~~

07/08/2010 8 comments
Salam kawan-kawan. Selamat hari sabtu. Sekali lagi ampun maaf sebab tak dapat nak bw seperti selalu, agak sibuk dengan kerja-kerja yang ada dan line internet agak lembap huhu.
Sepatutnya pagi tadi aku menghadiri satu program Sehari Bersama Kanak-Kanak Istimewa di mana sahabat baik aku sendiri yang handle. Aku sebagai rakan mestilah nak support kan. Serius aku sangat bersemanagat.
Namun, aku sendiri tidak tahu kenapa, pagi tadi aku terlalu mengantuk. Memang aku akui aku tidur jam 5 pagi, tapi sebelum nih aku tidur lewat juga, tapi elok je aku bangun pagi dan bersiap. Untuk kali ini aku memang bingung.
Aku terbangun pukul 830 pagi. Ok siap pergi mandi. Memang aku tak basuh basuh takut terlambat. Setelah siap, aku jenguk kat luar, hujan. Aku mesej sahabat aku “Macam mana nih, hujan!!” Tapi tiada respon dari beliau. Ok tak pe. Aku ingin rehat sebentar sementara tunggu hujan redha.
Namun, entah kenapa, aku  terus lelap. Dan aku antara sedar tak sedar je. Apa yang aku ingat, aku dapat satu panggilan dari sahabat aku. Dan aku rasa aku jawab “Ya kak, tak datang kot, pening..” Hemm.. Then aku tidur lagi. Sungguh berat untuk aku buka mata.
Apa yang aku ingat lagi. Aku terdengar satu suara berbaur kecewa: “Sampai hati Ha tak datang, tinggal akk sorang-sorang”
Ya Allah luluh hati ini. Aku rasa aku dah bangun cuba untuk bersiap. Tapi bila aku betul-betul sedar aku masih di katil. Ya. Aku bingung yang amat. Lihat jam hampir jejak tengah hari. Ya Allah apa yg dah berlaku??
Pesanan untuk sahabat, andai die terbaca tulisan ini. Sungguh aku tidka tahu apa yang berlaku. Aku terlalu bingung. Aku jadi terlalu mengantuk dan tidak sedar apa yang dah aku lakukan. Ketahuilah wahai sahabat, diri sangat kecewa. Terkilan sebab tak dapat nak hadir dan membantu kerja-kerja bersama mu sahabat. Aku masih terfikir2 kenapa Allah mengantukkan mata ini. Maafkan aku sahabat. Terasa malu untuk berdepan dengan mu. Sungguh aku sedih.

Maafkan daku~~
Categories: Uncategorized