Archive

Archive for the ‘kebajikann’ Category

ISU FESYEN TUDUNG BERSANGGUL MASA KINI

17/05/2010 29 comments
salam kwn2..dlm duk jelajah blog rakan2..aku tertarik dgn isu yg aku tulis as a title nih…ni aku copy dr blog rakan aku nih….

sama2 laa kite memperbaiki diri yee~~

+++++++++

Saya rasa.. amat penting untuk saya kongsikan satu perkara ni.. Act, saya baru jer tau ttg perkara ni. Kalau kita semua perasan sekarang, fesyen bertudung bersanggul sangat2 femes sekarang. Saya tengok, majoriti yang bertudung, especially y pakai shawl…msti akan mengayakan tudung y dipakainya dalam keadaan bersanggul.

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

KOMEN:

Sama2lah kita sebarkan isu ini.. Agar ianya dapat memberi kesedaran utk diri saya & kita semua. Saya sendiri pun… masih x perfect. Banyak sgt perkara yang harus diperbaiki. Disudut +ve , dunia blogging ni banyak memberi info y selama ni saya x tahu & banyak juga memberi kesedaran drp semua sudut. Sebarang n3 drp blog ini yang dapat memberi info, kebaikan @ pun kebajikan utk semua, saya izinkan kawan2 yang datang kesini utk copy n3 tersebut.. Adalah baik jika ilmu y kita tau itu dapat dikongsi beramai-ramai.

+++++++++

p/: jadi kawan2 yg bc entry nih..sebar2 kan lah…semoga kite tidak tergolong dngn golongan yg telah dinyatakan di dlm hadis ini~~nauzubillahhh~~
Categories: kebajikan, kebajikann

Kebesaran Solat Dua Rakaat

21/05/2009 2 comments

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’wa sebagai tempat tinggal.”Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

# Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
# Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
# Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
# Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
# Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
# Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

Categories: kebajikann

__deRma DaraH__

19/01/2009 4 comments

salammm..hari dah mlm..mata dah ngantuk…tp aku tetap kat cc hakhakahk…biasa r…lepak2 cc…walaupun this week ada test etika wakaka…sengaL tol aku sem nih..duk ngadap tenet jerkk huhu..

hermm derma darah..pergghh tak pernak2 aku derma darah..kali nih..cuti sem kali nih aku nekad nak derma darah…waaa takut gakkk…tp aku nekad..

pelik toll…nak tahu ker napa?? waaa sbb assignment laaa…waaaa ustaz othman napiah kata..sapa2 yg dermah darha..then potostat kad tuhh anto like assignment dapat 10 markahh waaaaaaaaa..tp ada cara ke2..kena wat keje amal..aku bukan tak nak wat tp sem lepas aku dah ada pengalaman tang keje amal..sop aku nak berkhidmat tang derma darah plak….

harap aku kuat…aku kena tukar niat..insya-allah aku ikhlas nak derma barah aku…n niat ke2 sbb assigmnent hakhakhak…ye lahh 10 markah tuhh…so dlm dpt markah tak salah aku beramal jariah sekali dlm hidup aku tul takk

kalo pk2 balik ramai yg sakit menantikan darah yg amat2 mereka perlukan..jgn plak derma darah kat nyamuk waaa….tension aku biler sebut nyamuk..rasa nak fire jekk!!!!

soo..kwn2 doakan aku niat yg suci ini huhu….insya-allahh semuanya selamat kann hehe caiyokk farha!!!!!!!!!!!
Categories: kebajikann