Home > Uncategorized > Puasa Sunat Nisfu Syaaban

Puasa Sunat Nisfu Syaaban

Assalamualaiukum semua. Hope semuanya sihat-sihat hendaknya. Oh ya, kamu puasa sunat tak hari ini? Alhamdulillah aku diberi peluang untuk berpuasa hari ini. Dan Eja rakan baik aku bagai tidak percaya dek kerana aku yang agak aktif seperti orang tidak berpuasa. Alhamdulillah.
>> Picture from Mr. Google <<
Apakah itu Nisfu?? Menurut kefahaman aku sendiri (apa yang aku belajar Bahasa Arab) Nisfu bermaksud separuh atau separa. Ini bermakna kita sudah berada separuh di bulan Syaaban dan sekaligus tinggal 15 hari sebelum Ramadhan. Bulan yang di tunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Insya-allah, andai umur aku masih panjang, sempat lagi aku merasa berpuasa pada tahun ini. Amin.
Banyak hadis-hadis sohih yang menyebut mengenai kelebihan bulan Syaaban antara:

Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani ) 

Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memanggil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik. 

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi & imam Sayuti )

Berdasarkan dua hadis yang telah dikemukan di atas, maka boleh disimpulkan di sini bahawa segala amalan baik yang dilakukan oleh kita sebagai hamba akan diperkenan dan diterima oleh Allah. Besarnya rahmat Allah. Subahanallah.
Dengan ini, aku menyeru kepada kalian yang sudi menyinggah blog ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan dan bertaubat. Mungkin tahun ini tahun yang terakhir buat kita. Insaflah. Selagi kita diberi peluang untuk melakukannya, teruskan, lakukan. Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang.
Sekian sahaja untuk hari ini. =)
P/S: Selamat berbuka kepada rakan-rakan yang berpuasa hari ini ^__^
Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 27/07/2010 at 4:29 pm

    alah..xpuasa pon hari ni..huhu.rasa rugi pulak.):ENTRY BARU ; TUTORIAL Twitter For Beginner (2)

  2. 27/07/2010 at 4:29 pm

    jom buka sama cekguhee 😀

  3. 27/07/2010 at 4:40 pm

    nnt kita berbuka puasa sama2…selamat berbuka..:)

  4. 27/07/2010 at 4:46 pm

    annazirah:tak puasa ke?? tak pe..ada lagi masa =)

  5. 27/07/2010 at 4:47 pm

    kei-yu:Jom3~~hehe

  6. 27/07/2010 at 4:47 pm

    nabilah:selamat berbuka buat kamu juga =)

  7. Q
    27/07/2010 at 6:51 pm

    selamat berpuasa sunatsemoga mendapat barakahnya~

  8. 27/07/2010 at 10:46 pm

    salam ziarah malam rabu…b band gua slow la ..mlm nie

  9. 27/07/2010 at 11:57 pm

    saya pon puasa gak tadi. kejap je rasa dah nk ramadhan dah.

  10. 28/07/2010 at 12:00 am

    alhamdulillah dh selamat berbuka pose pun td

  11. 28/07/2010 at 1:24 pm

    puasa jgn tak puasa..eh2, dh berapa syaaban dah ari ni.. 😀

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: