Home > Uncategorized > Andai Mimpi Itu Realiti

Andai Mimpi Itu Realiti

Keadaan agak tenang. Semua mata tertumpu ke arah Pak Haji yang bakal menikahkan seorang jejaka pilihan hati seorang dara. Pak haji sedang menilik surat-surat yang berkaitan sementara si teruna hanya tenang. Namun siapa yang tahu gelodak di hati.
Si dara hanya tenang di belakang bersama ahli keluarga yang lain. Debaran usah dicakap. Bibir mengukir senyum.
Seketika kemudian, kelihatan Pak Haji membacakan sesuatu. Bagai terpukau dengan bait-bait yang dilafazkan.
“Aku, wakil kepada Zakaria bin Mahmud, menikahkan kamu dengan anak perempuannya dengan mas kahwin …….. tunai….”
“Aku terima nikahnya, dengan mas kahwin …… tunai..”
Sahh..?? (kanan). Sahh?? (Kiri)” seluruh yang hadir mengatakan sah. Maka dengan rasminya aku menjadi isteri kepada …. .
Hampir gugur air mata. Terharu. Gembira. Tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Doa diamin dengan penuh rasa kesyukuran. Senyum.
Ya. Sesi membatalkan air sembahyang. Dia datang hampir kepada ku. Debaran hati semakin kencang. Tidak ku mampu memandang wajahnya. Perasaan bercampur baur. Lantas tangan ku diambil untuk disarungkan cincin. Dan tanpa sedar dahi ku dikucup. Sungguh indah saat itu.
Petang hari yang sama. Kami keluar mengambil angin. Seronok. Berdua-duaan sebagai suami isteri. Tiada siapa yang menghalang.
+++++++++++++++++++++
Tiittt…tiiitttt…
Hishh apa nih??? Eh… Mesej… Hemm ku lihat mesej yang diberi. Baca tanpa perasaan. Cuba memejamkan mataku kembali.
Namun. Subuh memanggil-manggil. Arghhhhhh~~~ Andai mimpi itu realiti. Pasti ku bahagia kini. =)
Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 22/07/2010 at 10:17 am

    he he hesampai erbawa2 dlm mimpi!

  2. 22/07/2010 at 12:40 pm

    xlama dah tu

  3. 22/07/2010 at 4:57 pm

    ecehda tak saba nmpknye nismuga hari yg dinanti akan tiba dgn cepat 😀

  4. 22/07/2010 at 8:45 pm

    la..ingatkan betul2 tadi…xpe2..insy-Allah…jodoh x kemana…

  5. 23/07/2010 at 6:36 pm

    dh smpai seru tue

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: