Home > Uncategorized > Cikgu Tak Ngaja Ke??

Cikgu Tak Ngaja Ke??

“Cikgu tak ngaja ke sekarang?”
“Cikgu ngaja subjek apa?”
“Cikgu ngaja di mana?”
“Tengah rehat ke cikgu?”
“Anak-anak murid tak nakal??
Hehehehe kadang aku nak tergelak bila baca soalan yang diutarakan. Hemm kadang bosan juga asik kena bg jawapan yang sama. namun terkadang aku berasa seronok bila orang atau pengunjung yang datang bertanyakan itu dan ini. Apa2 pun ucapan terima kasih kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke blog aku dan menanyakan soalan-soalan seperti itu.
Memandangkan aku macam (macam je, selagi mampu aku jawab dengan ikhlas) dah tak larat dengan persoalan2 yang ada, maka aku tergerak nak bercerita sedikit mengenai siapa akau yang sebenarnya hee. Sesiapa yang berminat boleh teruskan pembacaan, sesiapa yang tak minat sila2 ke blog rakan yang lain ahaks.
Siapa Cikgu Farha?? Gaya tulis Cikgu di depan macam dah mengajar kan?? Subjek pe ek??
Untuk pengetahuan kawan semua, aku masih lagi bergelar PELAJAR di salah sebuah universiti di selatan Malaysia. Maknanya aku masih belum layak untuk mendapat title cikgu kan?? Tapi aku tak kesah orang nak cakap apa, aku tetap berbangga dengan title CIKGU..sebab itu lahirnye CIKGUFARHA di dunia blogging nih.
Namun masih ada yang puas hati dengan aku. Sebab sepatutnya aku letak title USTAZAH dihadapan, bukan CIKGU. Ini kerana major sebenar aku adalah pendidikan (Pengajian Islam). Masa aku turun praktikal pon aku ngaja subjek Pendidikan Islam.
Latiha Mengajar di SMK Dato’ Ali, Pontian
Sungguh rindu saat ini
Kenapa ya?? Ok meh aku jawab. Aku lagi selesa letak CIKGU berbanding USTAZAH kerana aku nak rakan2 selesa ngan aku, sebab seorang yang sempoi, open minded dan aku nak aku seorang guru yang mudah didekati. Walaupun begitu aku tetap akan bagitahu yang aku nih bakal bergelar USTAZAH satu hari nanti. =) Aku tetap berbangga. =)
Rasanya selepas ini tiada lagi yang bertanya ya. Aku dah terangkan serba sedikit perihal diri aku.
Oh ya, sebelum lupa, mulai sem depan yang akan bermula tak lama lagi (sila ikuti kisah yang bakal dicoretkan), aku dengan rasminya berada di tahun akhir iaitu 4 SPI (wahh kakak senior tuuuu). Sekiranya dipanjngkan umur, aku akan tamat belajar bulan 4 tahun 2011. Doakan Ustazah ye 😉
Categories: Uncategorized
  1. 30/06/2010 at 11:10 am

    ehem2…cikgu..eh salah, ustazah la…utm ek??

  2. 30/06/2010 at 11:19 am

    ustazah:)semoga berjaya memberi ilmu dan mendidik..all the best..

  3. 30/06/2010 at 11:23 am

    miss anne:yepp utm skudai =)

  4. 30/06/2010 at 11:23 am

    oke..sudah paham~ hehe

  5. 30/06/2010 at 11:30 am

    hehhe….kene jugek ingat..title "ustazah" tuh pun berat untuk kita bawak ke mane2..hanye orang tertentu jek yang boleh gune gelaran tersebut..:)

  6. 30/06/2010 at 11:53 am

    syafiqah:terima kasih aminn

  7. 30/06/2010 at 11:53 am

    alinac:hekehk bagus2 dah faham hehe

  8. 30/06/2010 at 11:54 am

    death lover:memang pon…kadang2 sy takut nak turun ngaja

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to FarHa Cancel reply