Home > Uncategorized > Aku kahwin dengan orang lain =(

Aku kahwin dengan orang lain =(

Aku dipaksa kahwin dengan jejaka yang tidak dikenali. Ya, pilihan keluarga aku sendiri. Sebagai anak yang tidak berani nak membantah, aku terima seadanya. Seluruh family begitu teruja membuat persiapan yang agak grand! Tapi aku hanya diam membatu. Tiada perasaan ketika itu.
Tiba saat harinya, aku disolekkan untuk kelihatan begitu anggun dan cantik. Aku bagaikan anak patung yang diusung ke mari, dipuji. Aku diam tanpa kata dan hanya memikirkan siapakah suami aku yang sah?
Mata aku melilau dan ku lihat seorang jejaka yang berbadan gempal memakai pakaian pengantin. Owhh itu lah orangnya. Aku tunjuk tidak lagi mahu melihat. Kenapa ummi aboh ku pilih dia? Kan aku dah bertunang? Hampir menitis air mata ini. Masih terfikir2 kenapa?? Kenapa?? Kenapa?? Apa yang sedang berlaku?? Kenapa aku berkahwin dengan orang lain.
Selesai majlis persandingan, petang aku dan suami berehat. Sungguh aku tak mampu untuk melihat wajahnya. Sungguh aku masih tak dapat nak terima dia itu suami ku. Aku rindukan tunang aku. Tapi di mana dia?? Sungguh aku keliru.
Tinggal aku berdua dengan si dia, oppsss suami aku. Aku tunduk membaca majalah. Dan sekelita aku tahu dia di depan aku kini. Namun aku masih tidak mengangkat wajahku. Aku diam dan terus diam.
Tiba-tiba aku terdengar esakan. Hati tertanya datang dari mana. Ku amati, pasang telinga. Ya allah, suami aku menangis. Aku fikir, kenapa?? Ku angkat kepala, pandang wajah suami ku. Sejuk hati Allah yang tahu. Lantas ku senyum.
‘Abang, kenapa menangis?’
Diam
‘Bagitahu laa kenapa menangis nih?’
Aku senyum. Ikhlas. Tiada lagi nama tunang aku dalam kepala. Hanya suamiku.
‘Abang tahu Farha tak dapat nak terima abang sebagai suami Farha’
Diam lagi. Dan aku terus aku bersuara.
‘Shyyyyy…maafkan Farha. Tapi selepas Farha melihat wajah abg sekarang, hati ni sejuk.Maafkan Farha kerana bersikap dingin.’
Terus badanku diraih~~~
************************************************
Allahu Akbar (2x) Azan berkumandang.
Eh..bukan ke aku dah kawen dengan…..eh siapa tadi??
Mak aiii aku bermimpi ke?? Cet~~ Baru nak feeling!! Tapi aku dipaksa kahwin dengan orang lain!! Owhh tidak….mujur mimpi je haha..
Adess sengaL sungguh..ok chow..nak kuor p beli cat lagikk~
Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 29/06/2010 at 8:50 am

    erkk.. nasib baik mimpi tau..klu betul2? huhuh

  2. 29/06/2010 at 8:52 am

    hahaha..suspen!

  3. 29/06/2010 at 8:55 am

    baru jer nak start feeling… rupanya..cikgu tgh berlatih wat novel yer.. ada bakat ni cik farha jemput ler lawat blog baru nih http://ikanpuyuikansepat.blogspot.com

  4. 29/06/2010 at 9:22 am

    huhu…saya kesian kalo dengar citer camni…dipaksa kawen…citer yang menarik….:)

  5. 29/06/2010 at 9:24 am

    miss izzah:tu laa…tu yg pelik nape laa kawen ngan org lain, dipaksa lak tu hehe

  6. 29/06/2010 at 9:24 am

    alinac lover:weee..leh jadi penulis dah nih ahaks

  7. 29/06/2010 at 9:25 am

    zainuddin:heheh adaptasi dr mimpi mlm td je haha..minat gak nak tulis novel atau cerpen tapi masih tak berpeluang

  8. 29/06/2010 at 9:31 am

    wah.. suspens giler.. ingt td betul2.. bru mau feeling leleh2… hehehe

  9. 29/06/2010 at 9:35 am

    norizwan:hehe ada tak ek kes real?? sy nih mimpi je haha

  10. 29/06/2010 at 9:35 am

    zaza:hahha bila sy bc balik sy pon feeling gak haha

  11. 29/06/2010 at 9:38 am

    seramnya mimpi

  12. 29/06/2010 at 10:06 am

    saspen la cikgu nie…heheheingatkan dah betul td…kalu mimpi menjadi kenyataan, adakah??

  13. 29/06/2010 at 10:07 am

    wah..wah….nasib baik mimpi…hehe

  14. 29/06/2010 at 10:13 am

    arrrk!!!mimpi je…so sweet mimpi nye..ngehehehehe

  15. 29/06/2010 at 11:33 am

    kak kujie:memang seram pon kak..terasa mcm dunia realiti haha

  16. 29/06/2010 at 11:34 am

    mawaddah:hekhek..hidup memang sentiasa suspen ahaks

  17. 29/06/2010 at 11:34 am

    azrul hisham:tu laa pasal…dah laa laki2 dlm mimpi tu berbadan gempal haha

  18. 29/06/2010 at 11:35 am

    rama2ungu:arkkk tekejut ke?? kakakka

  19. 29/06/2010 at 11:48 am

    mimpi ke? waa suspen sungguh…huhu ingatkan real… ^_^

  20. 29/06/2010 at 12:13 pm

    sapa lah jejaka bertuah tu…:-)

  21. 29/06/2010 at 12:28 pm

    ada cik farha heheh…ramai dah kawan camni…selalu yang jadi mangsa keadaan ni perempuan huhu…

  22. 29/06/2010 at 12:41 pm

    missha:hekhek menjadik juga ye lalala

  23. 29/06/2010 at 12:42 pm

    aril lanang:haha siapa la ek??

  24. 29/06/2010 at 12:42 pm

    norizwan:ye ke?? mesti sakit kan?? tp kalau dah jodoh nak wat camne huhu

  25. 29/06/2010 at 12:48 pm

    cettt!!mimpi upenye. tertipu tertipah.haha.

  26. 29/06/2010 at 2:59 pm

    haahha .

  27. 29/06/2010 at 3:50 pm

    Ya Allah Ya Tuhanku! Kau jadikanlah mimpi hambamu itu menjadi kenyataan.sapa suruh dia tipu hamba. lalalala~tertipu da ni. KAHKAH

  28. 29/06/2010 at 3:55 pm

    belle:haha tipah tertipu hakhak

  29. 29/06/2010 at 3:55 pm

    xazryx:gelak leee hehe

  30. 29/06/2010 at 3:55 pm

    eciz:huhu tak baik awak doakan mcm tu =(

  31. 29/06/2010 at 7:32 pm

    Salam,Ingt betul tdi…kueng3…Bila mau kahwin?

  32. 29/06/2010 at 8:06 pm

    sabri:hehe tertipu jgk kah??…hemm kawen insya-allah bulan 12 nih

  33. 30/06/2010 at 12:25 am

    pe lah ha ni..baru nok feeling scene atah katil!ahaha

  34. 30/06/2010 at 7:36 am

    oneyani:hahah adegan yang tidak boleh diceritakan hakhak

  35. 04/07/2010 at 2:13 pm

    Hmmm..penah mimpi melahirkan bayi tak??sesiapa yg penah, tlg jawab yer..ada kisah menarik nihh..kche m

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: