Home > Uncategorized > Mimpi

Mimpi

Salam kepada semua rakan-rakan, kali ni aku nak bercerita mengenai mimpi. Ya mimpi, orang selalu kata mimpi itu mainan tidur. Orang tua-tua kata, tidur tak basuh kaki nanti mimpi buruk la, mimpi bukan-bukan la, macam-macam lagi la. Tapi apa yang aku tahu, mimpi itu terkadang membawa maksud yang tersendiri if kita tido dalam keadaan yang baik.
Aku amsih ingat lagi, pernah satu ketika di dalam kelas Qwaid Fiqhiyyah, Ustaz a.k.a my lecturer mengatakan jika kita bermimpi sama ada baik atau mimpi ngeri jangan sesekali kita bercerita kepada sesiapa kecuali orang yang betul-betul kita yakin dia boleh menyimpan kisah tersebut.

Kerana apa?? Kerana dibimbangi akan ketika rakan kita itu menyebut “Ohh itu petanda buruk!!” atau “Nanti kau akan ditimpa kemalangan” maka termakbul doa itu dan terus kita akan ditimpa pengalaman. Ucapan itu merupakan satu doa. Semua orang tahu akan hal ini.
Aku ingin berkongsi mengenai mimpi mengenai budak-budak. Aku tak pasti sama ada ianya boleh dipercayai atau tidak tetapi sudah banyak kali lalui dan aku sendiri yang mengalaminya. Sebab itu aku berani nak berkongsi di sini.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, sekiranya anda bermimpi kanak-kanak LELAKI, maka berita gembira akan kamu ketahui dalam masa terdekat. Sejauh mana kebenaran ini?? Aku tak berani nak bagitahu apa-apa tapi aku sendiri pernah mengalaminya. Kisahnya?? Biarlah rahsia ahaks.
Akan tetapi, sekiranya anda bermimpikan kanak-kanak PEREMPUAN, maka berita kecelekaan atau berita buruk yang bakal kamu terima atau kamu sendiri yang akan ditimpa malang. Aku tahu mesti ada yang mengatakan “Ye ke?? Boleh percaya ke??” Ok, aku tidak akan mengatakan YA malah TIDAK, secara jujurnya aku sendiri telah alami semua ini terutamanya sekarang. Tapi masa mimpi itu berlaku aku tidak pernah terfikir, namu selepas aku ketahui sesuatu perkara, otak aku akan berfikir dan teringatkan tentang mimpi aku. Memang ada kebetulan dan begitu lah kejadian2 yang sebelum ini.
Aku rasa ini sahaja yang aku ingin katakan. Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak. Satu je aku nasihatkan, untuk mempercayai sesuatu mimpi itu, tidur malam kita mestilah dalam keadaan bersih dan sempurna seperti sunnah Nabi. Insya-Allah ada sesetengah perkara yang Allah ingin tunjukkan kepada kita melalui mimpi.
Sekian dari pendapat aku. Ada yang boleh dikongsikan di sini, komen anda dialu2kan. =)
Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 26/06/2010 at 7:01 pm

    Salam,nak kata leh percaya malas pulak percaya,tapi yang pasti jika anda bermimpi baik ataupun buruk banyak-banyak istigfar.. :),betul tak bakal ustazah? 🙂 .

  2. 26/06/2010 at 7:09 pm

    ayie:salam..hehe betul2…

  3. 26/06/2010 at 7:44 pm

    Dan kena tengok jugak nak tido tu baca doa ke tidak, tido masa bila bla bla bla kan?? Ada jugak mimpi pasal budak2.. biasa nya mimpi anak sendiri lah! heheheheSalam kenal

  4. 26/06/2010 at 7:55 pm

    miss Q:hehe anak2 sendiri?? hehe sy lom ada anak kuang2 haha

  5. 26/06/2010 at 9:34 pm

    Ha, bibik K.liza dulu, Halimah pernah bgtahu pasal ni masa kak mimpi budak lelaki…secara kebetulannya benar tp x tahulah sejauh mana kebenarannya…Lastly, kita bserah pada Allah shjlah… 🙂

  6. 26/06/2010 at 9:43 pm

    kakliza:aikk dah wat blog ke?? ahaks..ha dah follow..selalu laa update deh..hemm pasal mimpi..ha sokmo kebetulan kena g2…tp tu laa per2 pon kena berserah je =)

  7. 26/06/2010 at 9:43 pm

    tak pernah pula dengar tentang mimpi yang dikaitkan dengan budak lelaki dan perempuan. this is a new thing 🙂 (http://ohmonstar.blogspot.com)

  8. 26/06/2010 at 9:47 pm

    mainan mmpi 2..:)

  9. 26/06/2010 at 10:57 pm

    xpenah mimpi sal tu..huhukadang-kadang mimpi buruk sampai takut nk tido malam seterusnya..ehehe

  10. 26/06/2010 at 11:36 pm

    mimpi kan orang cakap mainan tidur…xtau la boleh percaya ke tak..xpandai nak ramal..

  11. 27/06/2010 at 8:46 am

    khairunnisa':really?? sy selalu gak dgr dan selalu je ada kaitan ngan life sy

  12. 27/06/2010 at 8:46 am

    shey pull:maybe?? sy akui itu semua mainan tido hehe

  13. 27/06/2010 at 8:48 am

    pikok:haha tu ternyata mainan tido hahaha adoi laa adik akk nih

  14. 27/06/2010 at 8:48 am

    owh. malam semalam baru je mimpi psl baby boy. hehe…tapi rsenye xde kaitan kot sume tu 🙂

  15. 27/06/2010 at 8:49 am

    sweetsal:dulu masa sy sekolah..selalu gak ty ustz..ada yg boleh dipercyai dan ada yg tak boleh..ada masing2 laa

  16. 27/06/2010 at 8:58 am

    Kebetulan juga saya sedang membincangkan persoalan mimpi di blog saya, Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya? sila lah ziarah ke sana.heheheMimpi baik,disunatkan supaya kita bangun,solat sunnat dan mohon ditunaikan.Kalau mimpi buruk,disunatkan membuat isyarat ludah ke kiri 3 kali..mimpi bukan sekadar mainan tidur,tapi boleh jd ibadah kalau kita buat sunnah Nabi tu tadi..kan ustazah?hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: