Home > ragam kehidupan > kisah tauladan RM20

kisah tauladan RM20

salam kawan2..aku blogwalking kat blog member, name blogger nih sabri…so aku terjumpe kisah nih…jom bace ye..hayati kisah nih…n jadikan pengajaran kepada bakal2 bapa n bapa2 di luar sana…

++++++++++++++++++++

Begini Al-Kisahnya…

Seorang bapa pulang dalam keaadan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.Sambil mengangkat briefcase ayahnya,si anak itu bertanya kepada ayah…

Anak: Ayah….ayah…boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm…nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu,buat apa sibuk-sibuk nak tanya?Si ayah muka mula menengking..
Anak: Amin saja nak tahu ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam…Kenapa nak tahu?

Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh…20 ringgit…Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah…boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata.”Oh,itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?Kamu nak buat apa dengan duit itu?Minta sampai 10 rinngit?Nak beli mainan lagi??Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya…Sudah,pergi masuk bilik…tidur!Dah pukul berapa nih!!!

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit…Kira-kira 2 jam kemudian,ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah,si ayah melangkah menuju bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?Nah…ambil ni”Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.

Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang…
“Terima kasih ayah”

Lalu dia mengankat bantalnya dan mengeluarkan sekeping duit 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu,si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu???Dan dari mana kamu dapat duit itu??”

Amin tunduk…tak berani dia merenung ayahnya.Sambil menggenggam kemas duit itu,dia menerangkan…

“Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringguit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??”Jerkah ayahnya lagi.

“Ayah…sekarang Amin dah ada 20 ringgit…Nah…ayah ambil duit ni.Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat itu.Amin nak ayah balik kerja awal esok.Amin rindu nak makan malam dengan ayah…”

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya….

The moral of story…..

Kongsilah cerita ini dengan sesiapa saja yang anda suka tapi..yang penting sekali,berkongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama dengan insan yang anda sayangi. Ini juga adalah peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja esok lusa….atau sesiapa sahaja yang selalu sibuk..

Jangan biarkan masa yang berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka-mereka yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita… Bayangkanlah..kalau kita mati..nanti majikan kita akan senang-senang cari orang lain..ganti kita.Tapi..keluarga, rakan-rakan yang kita tinggalkan kat dunia ini pasti akan berasa satu kehilangan sepanjang hidup mereka..

Fikirkanlah..selama ini apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?untuk insan yang kita sayang…

Advertisements
Categories: ragam kehidupan
  1. 03/06/2010 at 4:24 pm

    oh touchingnya…kesian budak tu diabaikan dan dijerkah..adoiii

  2. 03/06/2010 at 4:26 pm

    hehehe…tq2…mmg tauladan ler cerita nih…

  3. 03/06/2010 at 4:38 pm

    fitrihadi:tu laa psal…anak rindu kat ayah…

  4. 03/06/2010 at 4:38 pm

    sabri:hehe sama2…tq jgk sbb sudi bg sy copy yee~~

  5. 03/06/2010 at 4:44 pm

    hu3…lanun bakal ayah..kena amik post nio jadi pengajaran.

  6. 03/06/2010 at 4:46 pm

    lanunsepet:ye ke?? tahniah~~jadi ayah yg mithali yee~~

  7. 04/06/2010 at 8:14 pm

    moral citer ni best r…hohoho…*kalau gaji ayah 1k sejam, mati si anak, nak beli mase ayah nyer… kuikuikui… 😛

  8. 06/06/2010 at 10:18 am

    best cerita ni

  9. 07/06/2010 at 8:28 pm

    bersediakah kita untuk ade anak? huhu

  10. 10/06/2010 at 10:49 pm

    owh..sampai kena 'beli' masa sejam dari si ayah..alahai.. tak nk la jadi ayah yg mcm itu

  11. 15/06/2010 at 7:49 pm

    terkesan dalam hati baca entri ni…

  12. 22/06/2010 at 1:01 pm

    itu anak mithali kan cikgu farha..!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: