Home > Uncategorized > 23 perkara yang di larang~~

23 perkara yang di larang~~

Salam kwn2…hehe selamat tgh hari ye…dah lunch ke?? Aku lom aku ahaks…dlm duk aku jalan2 aku bukak blog Ustaz Amin…best gak..n aku tertarik dgn satu artikal yg bertajuk 23 perkara yang di larang…oh ya b4 aku senaraikan 24 perkara ni…aku nak bgtahu yg aku publish entry kali nih gune mocrosoft word 2007..hehe so aku leh laa edit2 gune tulisan yg comel2 ahaks…

Ok jom kite tgk apakah 23 perkara tersebut…

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca Bismillahhirrahmannirahim dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  8. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  9. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  10. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  11. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
  13. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.
  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  20. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  21. Jangan lupa membaca Bismillahirrahmannirahaim dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  22. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.
  23. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui.

Aku paling berminat dgn point yg no20…hehe so kwn2 yg diluar sana…jgn lah merokok yee….hehe

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 27/05/2010 at 12:50 pm

    info yang bagus untuk dikongsikan bersama…

  2. 27/05/2010 at 1:08 pm

    jangan itu perlu di turuti

  3. 27/05/2010 at 1:10 pm

    same2lah kite menghayatinya.. 🙂

  4. 27/05/2010 at 1:27 pm

    zaidah:yapp…suke g blog ustz amin ehhe

  5. 27/05/2010 at 1:28 pm

    si tedi:yeahh betul2…yg jangan itu yg bagus sebenrnyee

  6. 27/05/2010 at 1:28 pm

    miss izah:betul2~~

  7. 27/05/2010 at 3:08 pm

    salam..thanks sis..tazkirah yang berguna

  8. 27/05/2010 at 4:18 pm

    zulkbo:sharing is caring heheh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: