Home > kebajikan, random onlyy > iktibar wat yang bakal2 jenazah

iktibar wat yang bakal2 jenazah

salam kawan..jom bace kisah ini…semoga sama2 amik iktibar dr kejadian…aku copy dr rakan aky ka fb…dah mintak izin dah…ni blog dia….

++++++++++++++++++

KISAH BENAR (GAMBAR DISERTAKAN)

Assalamualaikum,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu
panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal
kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut
Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah
Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia
Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di
bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja
solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang
tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.
Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang
mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang
terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah
masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah
mati kerana nampak seperti sedang tidur.

Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan
dadanya.

Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,
selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika
menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan
pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia
berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia
yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan
sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita
mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan
orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini
seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja
agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah
tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan
Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas
ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya
supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh
daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya
terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.

wassalam

Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.
Gambar arwah Huzaifah tika hidupnya.

Advertisements
Categories: kebajikan, random onlyy
  1. 26/05/2010 at 6:43 pm

    T____T

  2. 26/05/2010 at 7:42 pm

    Subhanallah,Semoga huzaifah di tempatkan di tempat yg selayaknyaAl-Fatihah

  3. 26/05/2010 at 7:54 pm

    Salam,Sabri ada terbaca entry ni dlm blog kwn yg lain.Alangkah gembira nya jika mati syahid.Semoga roh nya dicucuri rahmat.AMIN…

  4. 26/05/2010 at 8:17 pm

    anonymous:waa silent reader kah??

  5. 26/05/2010 at 8:18 pm

    si tedi:insya-allah..semoga die di temptkan bersama pejuang2 islam aminn~

  6. 26/05/2010 at 8:18 pm

    sabri:aminn..moga2 itu lah kehendaknya…

  7. 26/05/2010 at 8:34 pm

    Insaf, perlu banyak muhasabah diri lagi, byk yg tak lengkap..macam mana nak dapat yang terbaik

  8. 26/05/2010 at 8:49 pm

    macam kawan saya yg meninggal masa di Universiti dulu .. meninggal gak tapi tanda kebesaran Allah ditunjukkan. Ramai mengatakan dia shahid .. alhamdulillah.Org ganu gak kawan tu ….

  9. 26/05/2010 at 8:55 pm

    hasrol:sma laa kitaa =(

  10. 26/05/2010 at 8:55 pm

    hydir:mati syahid kompom masuk syurga…subhanallahh~~

  11. 26/05/2010 at 10:04 pm

    semoga rohnya dicucuri rahmat…

  12. 27/05/2010 at 8:42 am

    Subhanallah…

  13. 27/05/2010 at 8:45 am

    malaylifestyle:amiinnn

  14. 27/05/2010 at 8:46 am

    marina:=) sama2 laa kita insaf~

  15. 27/05/2010 at 8:49 am

    memang orang yang nama huzaifah nie jenis yang beriman ek..ada jugak kawan nama huzaifah..lebih kurang begini jugaklah sifatnya tapi tak menyeluruh sangat..itulah..tak semua orang mampu melaksanakan apa yang telah dibuat arwah.suatu sifat yang terpuji…

  16. 27/05/2010 at 10:15 am

    انّا للہ و انّا الیہ راجعون moga Allah tempatkan arwahdi sisi hambanya yang solehrasa insaf baca entri ni..Al-Fatihah..

  17. 04/06/2010 at 12:44 am

    al-fatihah..terharu baca kisah beliau.moga ditempatkan dikalangan org beriman.oh kerdilnya daku.huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: