Home > Uncategorized > abang MAKAN adik!!

abang MAKAN adik!!

salam kwn2..dlm duk semput2 ngah final..aku bc paper berita harianni lahh kisah abg yg tak de ilmu yg rogol adik kandung sampai ngandung..bodoh!! tak de akal ke??? aku benci tol manusia mcm nih….ni kisah yang aku amik dr BH online….bace laa….moga2 abg tu dihukum yang sewajarnya…

++++++++++++++++

Remaja dirogol abang mengandung 12 minggu

KOTA BHARU: Sakit perut yang dialami pelajar Tingkatan Tiga kelmarin membongkar kisah hitam dialaminya apabila remaja itu didapati mengandung 12 minggu dipercayai dirogol abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Wakaf Bharu, Tumpat.

Terdahulu ibu remaja terbabit membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 1 tengah hari selepas anaknya itu mengadu sakit pada bahagian perutnya, sebelum dikejutkan dengan hasil pemeriksaan doktor yang memaklumkan mengenai perkara itu.

Difahamkan remaja berkenaan menjadi mangsa rogol abang kandungnya yang berusia 24 tahun sejak Mac tahun lalu sebelum rahsia perbuatan terkutuk itu terdedah berikutan pemeriksaan doktor yang mengesahkan pelajar Tingkatan Tiga itu mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian berkenaan dan suspek sudah pun ditahan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, wanita berkenaan terkejut sebaik dimaklumkan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan anaknya mengandung 12 minggu,” katanya.
Sebaik mendapat laporan, polis bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Khalid juga memaklumkan bahawa maklumat yang diperolehi pihaknya mendapati remaja berkenaan dirogol di rumah keluarganya di sebuah kampung di Wakaf Bharu sejak Mac tahun lalu.
“Siasatan juga mendapati, mangsa mendedahkan perbuatan itu dilakukan abang kandungnya di rumah mereka dengan mendakwa semua perbuatan itu dilakukan sejak Mac tahun lalu sehingga Mac tahun ini.

“Pada masa sekarang, mangsa sedang menerima rawatan di HRPZ II untuk rawatan lanjut, bagaimanapun laporan pemeriksaan doktor yang merawatnya masih belum diperolehi lagi,” katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian berkenaan, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 13/04/2010 at 7:07 pm

    tak patutlah yek.pagar makan padi nih

  2. 23/06/2010 at 12:43 pm

    tak berhati perut

  3. 23/06/2010 at 12:48 pm

    shikin:yupp memng pon…

  4. 23/06/2010 at 12:49 pm

    hassanah:memng pon..harapkan abg jaga adik tp lain lak jadinyee

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: