Home > Uncategorized > kenapa Allah menghilangkan lidah ikan??

kenapa Allah menghilangkan lidah ikan??

salamm…kwn2 bacer nih…aku terjumpe aritkel nih kat blog kerabu..leh laa tambah2 ilmu yg ada….selamt beramal…

—————————————-

kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Rasululllah s.a.w bersabda:
“sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang
bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari
kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam”.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
“tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita”.

Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab:
” sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai
lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.

Salah seorang sahabat pun bertanya, “kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah s.a.w:
” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian
malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah
itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya
serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu
dihantar iblis itu ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai
oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam
kepada ikan, katanya,
“sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang
ada di lautan dan juga di daratan”.

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada
binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi
perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan
berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita “jaga” lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.
Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 12/03/2010 at 9:21 pm

    Maha Besar Allah 🙂

  2. 13/03/2010 at 2:26 pm

    Tuhan maha kaya..

  3. 13/03/2010 at 3:09 pm

    ilyah:subhanallahh~~~

  4. 13/03/2010 at 3:09 pm

    abg:betul tu bangg

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: