Home > Uncategorized > ibLis genTaR~~

ibLis genTaR~~

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Amalan yang menyakiti iblis

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab: “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

Baginda bertanya lagi: “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.” Iblis menjawab: “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?” dan iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.” Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?” dan dijawab: “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?” dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. 08/04/2009 at 2:57 pm

    maknanya jgnlah kita berkuku panjang. ti jadi port depa plak.

  2. 08/04/2009 at 3:20 pm

    jom laa sama2 kita beramal.. 🙂 insaf ni..

  3. 08/04/2009 at 4:01 pm

    Alamak…kn sentiasa pastikan kuku dipotong pendek la ni ek..

  4. 09/04/2009 at 4:23 pm

    shi: ha`ahh..kalo kita tgk org berkuku panjg pon cantek sgt…pinky: insaf la ura…ikut kuku ha deh wakakakoasis: haaa mesti kuku panjg nih hehe potong2 cepat

  5. 10/04/2009 at 12:51 pm

    same2lh kita menginsafi diri.. kuku kna pndek sokmo..

  6. 10/04/2009 at 7:36 pm

    abg: haaa nanti ayg check sokmo kuku abg panjng ke dok huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: